suria

Formula Satu: Max Verstappen muncul juara tewaskan Hamilton

Verstappen muncul sebagai juara Formula Satu (F1).

MAX Verstappen muncul sebagai juara Formula Satu (F1) selepas memotong juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton pada pusingan terakhir.

Kemenangan penuh dramatik itu dilakar pada pusingan terakhir di Grand Prix Abu Dhabi, pada Ahad.

"Memang gila. Tak tahu nak cakap apa. Saya sangat gembira untuk pasukan dan untuk semua yang terlibat. Saya gembira bekerja dengan mereka," kata pemandu Red Bull itu.

Hamilton bermula baik apabila memotong Verstappen sebelum selekoh pertama.

Kereta keselamatan memasuki litar buat kali kedua pada pusingan ke-54 dan ia menyaksikan Verstappen memasuki pit sekali lagi untuk menukar tayar.

Sebaik sahaja kereta keselamatan keluar dari litar ketika berbaki satu pusingan, Hamilton dan Verstappen terus bersaing sengit menuju ke garisan penamat.

Dengan tayar yang masih baru, Verstappen berjaya memotong Hamilton sekali gus memenangi perlumbaan. - DW.Com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain