suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan pemain positif Covid-19, perlawanan Tottenham ditunda

Antonio Conte, pengurus pasukan Tottenham Hotspur. foto Reuters

PERLAWANAN Liga Persidangan Europa Tottenham Hotspur menentang Rennes ditunda berikutan jangkitan Covid-19 di kelab itu.

Perkara itu disahkan oleh Spurs.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada Khamis, tetapi kini telah dibatalkan selepas lapan pemain dan lima kakitangan disahkan positif Covid-19.

Spurs pada Rabu berkata: "Kami mengesahkan bahawa perlawanan Liga Persidangan Eropah UEFA Kumpulan G menentang Stade Rennais di tempat sendiri tidak akan berlangsung esok selepas beberapa kes positif Covid-19 di Kelab.

"Perbincangan sedang berjalan dengan UEFA dan kami akan memberikan maklumat terkini mengenai perlawanan ini dalam masa terdekat.

"Selain itu, susulan perbincangan dengan Agensi Keselamatan Kesihatan dan penasihat DCMS, kelab itu dinasihatkan untuk menutup kawasan pusat latihan pasukan pertama buat masa ini.

"Penutupan itu demi kepentingan kesihatan dan keselamatan pemain dan kakitangan," katanya. - Mirror UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain