suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah jadi sasaran utama Real Madrid

Spekulasi mengenai masa depan Salah terus menjadi tanda tanya ramai.

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah menjadi sasaran utama Real Madrid pada musim panas 2022, demikian menurut beberapa laporan.

Pemain kebangsaan Mesir itu masih belum melanjutkan kontrak di Anfield selepas musim panas 2023 dan spekulasi mengenai masa depannya terus menjadi tanda tanya ramai.

Salah dilaporkan hampir pasti bersetuju dengan kontrak baharu jangka panjang bersama the Reds, tetapi Barcelona juga masih mengikuti perkembangan perjanjian itu.

Bagaimanapun, Bernabeu Digital melaporkan, Salah menjadi sasaran Real Madrid, sekalipun keutamaan mereka tetap pada Kylian Mbappe.

Laporan tersebut menambah, wakil Salah sudah dihubungi Real Madrid ketika kemungkinan perpindahan pada musim panas, sekalipun rundingan untuk bekas pemain Chelsea dan Roma itu pastinya sangat sukar.

Salah membantu mencipta jaringan buat Diogo Jota yang meledak pada perlawanan ketika menewaskan Southampton, pada Sabtu. - Sportsmole.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain