suria

Sanggup tempuh 31 jam perjalanan untuk tonton perlawanan Tottenham yang malangnya ditunda, Kane jemput dua penyokong setia jadi tetamu khasnya

Kane jemput dua penyokong setia Tottenham jadi tetamunya.

HARRY Kane telah menjemput dua penyokong Tottenham yang sanggup menempuhi perjalanan 31 jam demi menyaksikan perlawanan pasukan itu yang malangnya terpaksa ditunda.

Penyokong dari Amerika Syarikat itu dikatakan terpaksa menempuh perjalanan panjang itu demi untuk menyaksikan perlawanan Tottenham menentang Burnley di Turf Moor, yang terpaksa dibatalkan sejam sebelum perlawanan disebabkan salji tebal.

Percubaan untuk membersihkan padang bermula sekitar 90 minit sebelum sepak mula jam 2 petang (1400 GMT) namun usaha tersebut sia-sia.

Ken dan Brandi Saxton sebelum itu memperincikan mengenai perjalanan mereka dari Dallas di media sosial dan perkongsiannya itu mendapat perhatian Kane.

Bintang England itu menulis: “Baru sahaja dihantar tweet ini dan benar-benar kecewa untuk anda! Atas komitmen anda dan untuk menebus perlawanan yang dibatalkan, saya ingin menjemput anda ke perlawanan di padang rasmi Tottenham sebagai tetamu saya apabila anda berada di London.”

Tawaran Kane diterima penyokong terbabit dengan Brandi Saxton menjawab di Twitter: "Nampaknya, hantara si suami secara rasmi telah menjadi viral dan kami secara peribadi telah dijemput untuk menonton Spurs oleh Harry Kane!!" - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Messi menang anugerah Ballon d'Or

Artikel Berikut

Salah jadi sasaran utama Real Madrid

Artikel Berkaitan

Artikel Lain