suria

Kepulangan Ronaldo ke MU dibimbangi tidak lama

Merson bimbang kepulangan Ronaldo ke MU mungkin tidak lama.

PAUL Merson bimbang kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United mungkin tidak lama.

Pemain berusia 36 tahun itu menyertai semula bekas kelabnya pada musim panas.

Ronaldo masih mengekalkan prestasinya serta berjaya menjaringkan gol yang menakjubkan, walaupun pasukan mereka kehilangan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan 4-1 di Watford hujung minggu lalu.

Michael Carrick telah diletakkan sebagai pengurus sementara menjelang ketibaan Ralf Rangnick, yang akan mengambil alih sehingga akhir musim, sebelum United meneruskan usaha untuk mendapatkan khidmat Mauricio Pochettino atau Erick ten Hag.

Merson memberitahu Daily Star: 'Manchester United memerlukan pengurus sementara adalah satu masalah - dan Cristiano Ronaldo mungkin memutuskan untuk pergi pada musim panas.

"Dia tidak akan duduk di MU jika mereka tidak menamatkan saingan di empat tangga teratas kerana dia pasti mahu menamatkan kariernya dalam Liga Juara-Juara dan itu nampaknya agak sukar untuk berlaku memandangkan United sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan mereka mungkin akan dibelasah Chelsea hujung minggu ini.

"Adalah lebih baik buat semua pihak jika dia pergi kerana jika mereka melantik Mauricio Pochettino dan dia mahu bermain secara menekan dari bahagian hadapan, mereka tidak akan melakukannya dengan Ronaldo.

"Tetapi apa yang saya tidak faham ialah mengapa kelab terbesar di dunia memerlukan pengurus sementara. Ia seolah-olah mereka akan letak tepi musim ini – seperti anda mengakui tidak ada sesiapa yang cukup baik untuk mengambil tugas itu dalam tempoh masa panjang, ini Manchester United, itu tidak sepatutnya berlaku, tugas ini sepatutnya menjadi salah satu tugas yang paling dikehendaki dalam bola sepak.

'Saya rasa luar biasa untuk kelab seperti ini memerlukan pengurus sementara. Untuk kelab besar seperti ini, ia sangat sukar untuk dilakukan. Mereka perlu melantik pengurus tetap sekarang," katanya. - Metro UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain