suria

Rakaman belakang tabir Ronaldo lepas kemarahan pada bekas rakan sepasukannya

Rakaman belakang tabir Ronaldo lepas kemarahan pada bekas rakan sepasukannya

SATU rakaman belakang tabir menunjukkan gelagat Christiano Ronaldo melepaskan kemarahan kepada bekas rakan sepasukannya di Juventus.

Bintang Portugal itu hilang sabar ketika masa rehat separuh masa pertama semasa Juventus beraksi dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara bertemu Porto musim lalu.

Juventus adalah pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir tetapi ketinggalan 0-1 selepas berakhir babak pertama.

Porto melangkah ke saingan seterusnya menerusi agregat 3-1.

Rakaman membabitkan Ronaldo dan Juan Cuadrado di Stadium Allianz itu didedahkan dalam satu dokumentari 'All or Nothing: Juventus'.

"Kita harus bekerja keras. Apa yang kita lakukan! Kita tidak beraksi dengan baik!," Ronaldo berkata.

Cuadrado kemudian membalas: "Jangan risau. Anda perlu menjadi contoh kepada semua pemain."

Ronaldo kemudiannya membalas: "Kita perlu memberitahu perkara yang sebenar. Kita beraksi dengan teruk. Ini adalah perlawanan Liga Juara-Juara, kita perlu mempunyai personaliti," katanya. - Daily Mail UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain