suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ole Gunnar Solskjaer seorang “manusia yang luar biasa” - Ronaldo

Ronaldo mengelar Solskjaer sebagai seorang "manusia yang luar biasa"

CRISTIANO Ronaldo mengelar Ole Gunnar Solskjaer sebagai seorang "manusia yang luar biasa" dalam satu hantaran yang dibuatnya sebagai penghormatan selepas pengurus Manchester United itu dipecat.

Bintang Portugal itu turut mendoakan yang terbaik buat bekas bos dan rakan sepasukannya yang secara tidak langsung memberi jawapan bahawa tidak ada sebarang perselisihan faham diantara pasangan tersebut.

"Dia penyerang saya ketika kali pertama saya datang ke Old Trafford dan menjadi jurulatih saya sejak kembali ke Man United," kata Ronaldo dalam Twitter.

"Tetapi Solskjaer manusia yang hebat. Saya berdoa yang terbaik untuknya selepas ini. Semoga berjaya, sahabatku! Anda berhak mencapainya!"

Solskjaer dipecat kurang 24 jam selepas pasukan The Red Devils itu tewas 1-4 di Watford

Di sebalik prestasi buruk pasukan itu baru-baru ini, Ronaldo tetap memuji pengurus berusia 48 tahun itu, yang sebelum ini membantu United mara ke final Liga Europa 2021. - Sportbible / Twitter

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain