suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebulan menjelang perlawanan, peninju kacak sanggup tak luang masa dengan kekasih hati

Tommy benar-benar fokus dan banyak berkongsi video latihan menerusi laman sosial miliknya.

KALAU tak berusaha, bagaimana nak berjaya?

Disebabkan itu juga, peninju Tommy Fury kini dilihat 100 peratus fokus dan komited menjelang perlawanannya dengan YouTuber Jake Paul, tidak lama lagi.

Menurut Tommy, 22, dia sanggup tidak meluangkan masa dengan kekasihnya, Molly-Mae Hague kerana mahu memberikan tumpuan penuh untuk perlawanan itu.

Tambah Tommy, dia juga mengelakkan sebarang hubungan intim dengan kekasihnya menjelang pertempuran dengan Jake Paul yang dijangka berlangsung dalam tempoh sebulan lagi.

Pada Khamis, wanita itu yang juga bintang realiti Love Island turut memuat naik video YouTube, khusus untuk buah hatinya.

Ujar Molly, dia sangat merindui kehadiran Tommy disisinya.

Pada ketika ini, Tommy benar-benar fokus dan banyak berkongsi video latihan menerusi laman sosial miliknya.

Sebelum bergelar peninju kategori light-heavyweight, Tommy Fury terlebih dahulu mencipta nama menerusi rancangan realiti Love Island yang turut disertai kekasihnya.

Untuk rekod, Tommy merupakan adik kepada juara heavyweight dunia, Tyson Fury.- Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain