suria

Mesyuarat tergempar Manchester United putuskan pecat Solskjaer

Solskjaer bakal digantikan dengan pengurus sementara. foto Reuters

MANCHESTER United dilaporkan memutuskan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer, berikutan mesyuarat tergempar lembaga selepas kekalahan mengejut 4-1 kepada Watford, pada Sabtu.

Pengurus kelahiran Norway itu dikutuk di Vicarage Road ekoran kekalahan tersebut.

Beliau kini dilihat hampir pasti akan dilepaskan daripada tugasnya selepas satu lagi kekalahan besar yang tidak dijangka.

Mesyuarat yang diadakan secara maya itu sebagai petanda terbesar bahawa Solskjaer akan digugurkan sebagai pengurus, berikutan kekalahan teruk kelab Red Devil masih belum reda.

Dipercayai Darren Fletcher akan mengambil alih secara sementara ketika pencarian pengurus baharu sedang dijalankan untuk pengganti sepenuh masa.

Keluarga Glazer yang memiliki Manchester United mengadakan mesyuarat tergempar untuk menentukan hala tuju kelab dan sama ada Solskjaer harus kekal bertanggungjawab selepas kekalahan terbaharu yang tidak dijangka.

Menurut laporan Times, keputusan telah diambil untuk menggugurkan pengurus itu, namun tiada pengesahan rasmi dibuat berhubung kedudukannya.

Ia juga mendakwa Manchester United dan Glazers kini berminat terhadap legenda Real Madrid, Zinedine Zidane yang membawa kelab gergasi Sepanyol kepada gelaran Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali, sebagai pengganti buat Solskjaer. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain