suria

Baru belajar cara hantar mesej, pelumba kuda umur 50 tahun akui benci teknologi

Dokumentari mengenai Dettori dijangka diterbitkan tidak lama lagi. Foto: Getty.

PELUMBA kuda terkenal, Frankie Dettori menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kewujudan telefon bimbit dan media sosial.

Atlet dari Itali yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu berkata, dia baru sahaja belajar cara untuk menghantar mesej baru-baru ini.

Malah, atlet berusia 50 tahun itu turut menyalahkan pencipta alat teknologi berkenaan.

"Pencipta telefon bimbit wajar ditembak mati segera," ujarnya.

Dedahnya lagi, dia tidak pernah menguruskan Instagram, sebaliknya ia dikendalikan pembantunya.

Dalam pada itu, dokumentari mengenai Dettori dijangka diterbitkan tidak lama lagi.

Antara yang akan disiarkan termasuklah kisahnya yang 'berperang' dengan depresi, bulimia serta penggunaan dadah ketika awal tahun 2010.

Menurut isterinya, Catherine, Dettori sering muntah sehingga tiga kali sehari, menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada dadah.

"Ia merosakkan diri saya. Saya laluinya dengan teruk sekali.

"Anda akan rasa malu, takut dan resah," ujar Dettori. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain