suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juara MotoGP akui teruja berkawan dengan atlet popular

Fabio bergambar dengan Ronaldo. Foto: Instagram/fabioquartararo20.

PERCUBAAN Fabio Quartararo untuk terjun dalam dunia MotoGP ternyata membuahkan hasil.

Selain bergelar juara dunia, dia juga mula berkawan dengan ramai atlet terkenal dunia.

Menurut atlet berusia 22 tahun itu, dia teruja apabila dapat bersahabat dengan Lewis Hamilton, Cristiano Ronaldo dan Valentino Rossi.

"Hidup saya berubah dalam tempoh singkat. Ramai orang popular kini berkawan dengan saya, lepak serta makan malam dengan saya.

"Namun, saya masih lagi peminat mereka. Rasa pelik pula bila dapat hantar mesej dan berhubung melalui panggilan telefon dengan mereka," ujarnya.

Menurut atlet muda itu, dia juga banyak belajar dengan insan-insan hebat berkenaan untuk memajukan dirinya dalam sukan yang diceburi.

"Saya banyak ambil nasihat mereka. Contoh paling besar tentunya Lewis Hamilton.

"Dalam bola sepak, saya juga banyak menerima nasihat daripada Ronaldo," dedahnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain