suria

Ronaldo menangis Portugal gagal layakkan diri secara automatik ke Piala Dunia 2022

Ronaldo menangis Portugal gagal layakkan diri secara automatik ke Piala Dunia 2022.

KAPTEN dan legenda Portugal, Cristiano Ronaldo tidak dapat menahan kesedihannya apabila negaranya gagal layak secara automatik ke Piala Dunia 2022 apabila tewas kepada Serbia 1-2.

Portugal bermula garang apabila membuka tirai perlawanan dengan gol pendahuluan oleh Renato Sanches pada minit ke-2.

Namun gol minit akhir Mitrovic telah membantu Serbia mengejutkan Portugal yang juga pasukan pilihan.

Ronaldo dilihat terduduk diatas padang dan menangis apabila wisel penamat dibunyikan.

Portugal kini perlu memastikan kemenangan dalam dua perlawanan playoff untuk melayakkan diri mereka ke Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar. - Marca

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain