suria

Ronaldo, Messi dan Salah ungguli pencalonan anugerah Pemain Terbaik Fifa 2021

Messi, Salah dan Ronaldo tersenarai dalam anugerah Pemain Terbaik Fifa 2021.

PENYERANG Argentina, Lionel Messi dan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo mengungguli pencalonan untuk anugerah Pemain Terbaik Fifa 2021.

Pemenang anugerah berprestij itu akan diumumkan dalam satu majlis secara dalam talian pada 17 Januari 2022.

Calon-calon telah dipilih oleh dua panel pakar.

Bintang Liverpool, Mohamed Salah turut disenarai pendek untuk anugerah berkenaan berikutan prestasi luar biasanya pada tahun ini.

Magdalena Eriksson, Pernille Harder dan Ji Soyun juga adalah beberapa nama yang turut disenarai pendek untuk anugerah tersebut.

"Pengundian awam dibuka di Fifa.com dan akan berlangsung sehingga 10 Disember 2021," kata Fifa dalam satu kenyataan.

Badan tertinggi bola sepak itu akan mengumumkan tiga finalis dalam setiap tujuh kategori yang disenaraikan pada awal Januari 2022. - Newindiaexpress.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain