suria

Masa depan Pogba terus jadi tanda tanya

Status Paul Pogba di Manchester United masih belum ditentukan. foto AP

EJEN Paul Pogba, Mino Raiola menegaskan bahawa 'tiada maklumat terkini' berhubung status kontrak pemain tengah itu di Manchester United.

Perjanjian semasa pemain kelahiran Perancis itu di Old Trafford tamat pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, beliau masih belum komited mengenai masa depannya dengan kelab itu, sekali gus meningkatkan prospek dia boleh meninggalkan pasukan itu secara bebas pada musim panas.

Jika Pogba gagal bersetuju untuk lanjutan kontrak sebelum Januari depan, beliau akan dibenarkan membincangkan terma dan menandatangani pra-kontrak dengan kelab baharu menjelang perpindahan musim panas akan datang.

Sejak itu, pemain berusia 29 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, Barcelona, Juventus dan Paris Saint-Germain.

Pada masa sama, Manchester United mahu mengekalkan pemain tengah itu.

Walaupun masa berlalu dengan pantas, Raiola mendakwa tiada perkembangan dalam perbincangan mengenai perjanjian baharu dan tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian ketika ini. - Mail Online

Artikel Lain