suria

Ranking Roger Federer terjejas akibat kecederaan, duduki tangga ke-15

Federer tidak beraksi sejak kekalahan di tangan pemain Poland, Hubert Hurkacz pada Julai lalu.

BEKAS pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Roger Federer turun empat anak tangga dan berada pada kedudukan ke-15 dalam senarai Persatuan Tenis Profesional (ATP) setelah terkeluar dari kedudukan 10 tangga teratas, minggu lalu.

Pemain tennis dari Switzerland berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan pada lutut kanan dan tidak beraksi sejak kekalahan di tangan pemain Poland, Hubert Hurkacz pada peringkat suku akhir di Wimbledon, 7 Julai lalu.

Sementara itu, Jannik Sinner dari Itali naik dua anak tangga dan berada pada kedudukan ke-11 setelah kejayaannya di Antwerp pada Ahad.

Juara Indian Wells, Cameron Norrie juga mencapai ranking terbaiknya di mana pemain dari Britain itu naik dua lagi anak tangga kepada kedudukan ke-14.

Dalam pada itu, Novak Djokovic mendahului kedudukan ATP dengan Daniil Medvedev, pemain dari Rusia berada di tangga ke-2. - NDTV

Artikel Lain