suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benzema berdepan hukuman penjara 10 bulan jika disabit bersalah peras ugut

Mahkamah akan membuat keputusan mengenai dakwaan penglibatan Benzema dengan jenayah peras ugut pada 24 November ini.

SEBUAH mahkamah di Perancis akan membuat keputusan mengenai dakwaan penglibatan penyerang Real Madrid, Karim Benzema dengan jenayah peras ugut pada 24 November ini.

Benzema dituduh memeras ugut bekas rakan sepasukannya dari Perancis, Mathieu Valbuena menggunakan sebuah pita rakaman seks.

Dia bagaimanapun menafikan kesalahan tersebut.

Media Perancis melaporkan pada Khamis bahawa pendakwa mengesyorkan agar Benzema, jika didapati bersalah, dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan didenda 75.000 euro ($ 87.345).

Pihak pendakwaaan mendakwa Benzema telah mendorong Valbuena untuk membayar sekumpulan pemeras ugut untuk memastikan rakaman video seks itu tidak tersebar kepada masyarakat umum.

Peguam Benzema bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Benzema, yang telah bermain 92 kali untuk negaranya telah dipanggil semula untuk membantu skuad Perancis dalam Kejuaraan Eropah tahun ini.

Dia dan Valbuena sebelum ini kehilangan tempat dalam pasukan kebangsaan setelah skandal tersebut heboh diperkatakan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain