suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

McGregor luah rasa sedih selepas anjing kesayangan mati

Mcgregor berkongsi berita duka itu kepada 42.7 juta pengikut Instagram.

PENINJU UFC Connor Mcgregor meluahkan rasa sedih selepas anjing peliharaannya mati.

McGregor berkongsi berita duka itu kepada 42.7 juta pengikut Instagram pada Khamis.

"Sedih apabila anjing saya Hugo telah mati. Ia sentiasa bersama saya, menjadi peneman saya.

"Kami tidur di atas katil bersama. Setiap pelukan akan dirindui.

"Kami akan merindui kamu selamanya Hugo," ujar McGregor dalam luahan sayu itu.

Posting berkenaan sehingga kini turut meraih lebih 20,000 komen netizen.

Dalam satu posting berlainan, McGregor turut berkongsi video pendek Hugo.

Sepanjang hayatnya, Hugo sering menemani McGregor ketika dia bersenam di gim mahupun ketika berlari di kawasan luar. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain