suria

Mo Salah mahu kekal di Liverpool hingga akhir karier, tapi sedar sesuatu tentang nasibnya

Mohamed Salah mahu kekal di Liverpool hingga akhir kariernya. foto AP

MOHAMED Salah telah menyatakan dengan jelas bahawa dia mahu menamatkan kariernya bersama Liverpool.

Bagaimanapun katanya keputusan tersebut di luar kawalannya.

Pemain kelahiran Mesir itu mempunyai baki 20 bulan dalam perjanjiannya.

Liverpool menghabiskan musim panas untuk memastikan masa depan pemain senior tetapi setakat ini belum dapat mencapai kesepakatan dengan Salah.

Sejak berpindah dari Roma pada Jun 2017, Salah telah menjadikan dirinya sebagai legenda Liverpool dengan membantu kelab itu memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Salah tidak dapat memberi sebarang jaminan mengenai bila atau terdapat tanda-tanda sama ada kedudukanya kekal bersama kelab itu akan diselesaikan.

Umum mengetahui Liverpool perlu menjadikan Salah sebagai pemain dengan gaji terbaik dan perbincangan akan berterusan antara ejennya dan kelab.

Dalam temu bual bersama Sky, Salah berkata: "Jika anda bertanya saya, saya ingin kekal sehingga hari terakhir karier bola sepak saya.

"Tetapi saya tidak dapat mengatakan banyak perkara mengenai perkara itu - itu bukan di tangan saya. Ia bergantung kepada apa yang kelab mahukan," katanya.,- Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Mohamed Salah, Liverpool,

Artikel Lain