suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertahanan AC Milan, Hernandez positif Covid-19

Hernandez diuji positif Covid-19 selepas beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis. Foto: Reuters

BINTANG AC Milan, Theo Hernandez diuji positif Covid-19 selepas beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis, demikian menurut kenyataan kelabnya.

Pemain pertahanan kiri berusia 24 tahun itu membantu kemenangan Perancis dalam aksi UEFA Nations League Finals menentang Belgium dan Sepanyol.

"Hernandez telah didapati positf Covid-19 menerusi ujian calitan yang dilakukan di rumah. Pihak berkuasa kesihatan yang berkaitan telah dimaklumkan dan pemain tersebut dalam keadaan yang baik," menurut kenyataan tersebut.

Hernandez adalah pemain yang kedua daripada skuad Perancis yang diuji positif Covid-19, selepas Adrien Rabiot.

Rabiot terpaksa diketepikan dari aksi final selepas diuji positif Covid-19 pada Sabtu lalu. - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain