suria

Kecewa di litar, Daniel Ricciardo tetap jalani hidup mewah seperti biasa

Dengan kekayaan yang dimiliki, Daniel Ricciardo membeli beberapa buah rumah mewah sejak beberapa tahun lalu. Foto: NurPhoto/PA Images.

PELUMBA Formula 1 (F1) Daniel Ricciardo mungkin kecewa dalam saingan di Grand Prix Turki pada Sabtu lalu.

Namun, kehidupan peribadi dengan kediaman cukup mewah mungkin tidak memberi sebarang kekecewaan buatnya.

Pemandu McLaren itu memiliki sebuah apartment di Monte Carlo dan sebuah rumah mewah di Perth, Australia.

Pada 2018, dia menambah koleksi rumah mewahnya yang bernilai £10 juta (RM56.68 juta) di Beverly Hills.

0_DRMP_CHP_091021SLUG_4017RicciardoJPG

Antara kediaman mewah yang dimilikinya. Foto: Realtor.com.

Foto rumahnya yang memiliki lima bilik mewah dan garaj dua pintu turut dikongsi oleh laman sesawang Realtor.

Pelumba berusia 32 tahun itu turut mendapat idea untuk membeli rumah di Los Angeles selepas melawat sepupunya pada tahun 2014.

"Cuaca, kemudian ia sangat dekat dengan pantai. Ia bagaikan salah satu cara untuk lari dari dunia ini," ujar Ricciardo mengenai rumahnya.

Untuk rekod, Ricciardo meraih kejuaran F1 kali kelapan ketika Grand Prix Itali pada bulan lalu.

Namun, dia hanya berakhir pada kedududkan ke 16 dalam perlumbaan terbaharunya kali ini. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain