suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiger Woods muncul pertama kali berjalan tanpa bantuan selepas nahas

Tiger Woods (baju hitam) dilihat hadir menyaksikan anaknya menyertai kejohanan golf junior. foto Twitter/TWlegion

PEMAIN golf Amerik Syarikat (AS), Tiger Woods dilihat berjalan tanpa menggunakan topang ketiak buat pertama kali sejak terbabit dalam kemalangan kereta awal tahun ini.

Legenda golf itu mengalami patah tulang dan beberapa kecederaan di kedua-dua kakinya setelah terbabit dalam nahas di Rancho Palos Verdes, California, AS pada Februari lalu.

Dalam kejadian itu, kereta yang dipandunya merempuh pembahagi jalan dan sebatang pokok sebelum terbabas di lereng bukit.

Setelah dikejarkan ke hospital, beliau menjalani pembedahan kerana kecederaan yang dialaminya.

Beliau discaj dari hosital dan dibenarkan pulang ke rumah menggunakan topang ketiak, tiga minggu kemudian.

Kini setelah lapan bulan kemalangan itu, Woods dilihat berjalan tanpa menggunakan tongkat ketiak.

Beliau dikesan menerusi video yang diperoleh oleh TMZ Sports.

Pemain golf berusia 45 tahun itu menyaksikan anaknya Charlies menyertai kejohanan golf junior di Port St.Lucie, Florida, pada Ahad dan dilihat berjalan-jalan dengan bebas.

Penggunaan topang ketiak tidak kelihatan bagi membantunya untuk berjalan, meskipun beliau masih memakai pelindung pada kaki kanannya. - Daily Star

Artikel Lain