suria

Tak sampai sebulan bergelar juara, atlet tenis wanita kalah di tangan pemain ranking ke-100 dunia

Biarpun menjuarai kejohanan di New York pada bulan lalu, Raducanu dilihat gagal mempertahankan prestasinya kali ini. Foto: Getty

PEMAIN tenis wanita, Emma Raducanu berhadapan kekalahan dalam penampilan pertama selepas memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada bulan lepas.

Raducanu, 18, tewas di tangan Aliaksandra Sasnovich yang juga pemain ranking nombor 100 dunia ketika kejohanan Indian Wells pada Jumaat.

Ketika perlawanan, Raducanu kalah dalam kedua-dua set di tangan Sasnovich dengan keputusan 6-2, 6-4.

Biarpun menjuarai kejohanan di New York pada bulan lalu, Raducanu dilihat gagal mempertahankan prestasinya kali ini.

Sasnovich pula sememangnya mempunya pengalaman dan pernah menjadi pemain Top 30 sebelum ini.

"Saya perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan apa yang berlaku. Saya masih baru dengan semua ini.

"Pengalaman yang saya lalui sekarang, biarpun ia tak 100 peratus menggembirakan, saya tahu ada hikmah disebaliknya.

"Ini pengajaran untuk saya pelajari. Kadang-kala kita lalai apabila terlalu fokus pada keputusan sehingga berlaku kekecewaan. Saya baru berusia 18 tahun," ujar pemain itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Qatar anjur Grand Prix pertama

Artikel Lain