suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lumayan! Gaji Ronaldo atasi seluruh skuad bagi 3 kelab EPL

Ronaldo dilaporkan memperoleh bayaran berjumlah £480,000 (RM2.7 juta) seminggu dan mencecah kira-kira £24.96 juta (RM141.9 juta) setahun.

CRISTIANO Ronaldo menerima bayaran gaji yang tinggi daripada Manchester United, dengan jumlah yang diterimanya mengatasi seluruh skuad dari tiga kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Norwich, Leeds dan Brentford membelanjakan kurang dari £25 juta (RM142 juta) setahun untuk gaji pemain, dan ia menyamai jumlah bayaran yang diterima bintang Portugal berusia 36 tahun itu.

Ronaldo memperoleh bayaran berjumlah £480,000 (RM2.7 juta) seminggu yang mana nilai itu mencecah kira-kira £24.96 juta (RM141.9 juta) setahun.

Sebagai perbandingan, Norwich membelanjakan £24.24 juta (RM137 juta) setiap 12 bulan untuk membayar gaji 31 pemain bagi keseluruhan skuad.

Laman Spotrac turut mendakwa Leeds mempunyai bil gaji tahunan sebanyak £18 juta (RM102 juta) untuk skuad 25 pemain mereka.

Brentford kendalian Thomas Frank pula memiliki bajet gaji terkecil di EPL di mana kelab itu membayar 28 pemain senior mereka hanya £13 juta (RM74 juta) setiap tahun. - Thesun.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain