suria

Momota tewas, China juara Piala Sudirman buat kali ke-12!

Shi Yuqi mengejutkan pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota dengan 21-13, 8-21, 21-12.

CHINA membuktikan bahawa pasukan itu masih kuasa besar badminton dunia apabila merangkul gelaran Piala Sudirman buat kali ke-12 selepas menewaskan Jepun 3-1 dalam aksi final di Vantaa, Finland, semalam.

Regu wanita nombor dua China iaitu Chen Qingchen dan Jia Yifan menjadi wira dengan menghadiahkan mata kemenangan selepas menewaskan pasangan Mayu Matsumoto dan Misaki Matsutomo, 21-17, 21-16 dalam tempoh 59 minit.

ARTIKEL BERKAITAN : Piala Sudirman: Perjalanan terhenti di separuh akhir, hasrat Malaysia lakar sejarah tak kesampaian

ARTIKEL BERKAITAN : Ronaldo beri saranan kepada Solskjaer, mahu United bergerak lebih pantas

Kemenangan ini semestinya menjadi penawar buat mereka yang sebelum ini terlepas pingat emas di kejohanan Olimpik Tokyo apabila tewas kepada pasangan daripada Indonesia, Greysia Poliii - Apriyani Rahayu di peringkat final.

Jepun bagaimanapun turun tanpa pasangan nombor satu dunia Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota serta pasangan nombor tiga dunia Wakana Nagahara yang kebiasaannya berpasangan dengan Matsumoto.

China mengejutkan Jepun apabila pemain perseorangan mereka yang berada di rangking ke 10 dunia, Shi Yuqi menewaskan pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota dengan 21-13, 8-21, 21-12.

Ini merupakan kali kedua Momota ditewaskan Yuqi selepas pertemuan mereka dalam kejohanan yang sama dua tahun lepas.

Sebelum ini Yugi pernah membantu China merangkul juara kejohanan ini di Nanning pada tahun 2019 lepas selepas menewaskan Momota.

Beregu lelaki China, He Ji Ting-Zhaou Hau Dong menyumbang mata pertama buat pasukan itu selepas menewaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-17, 14-21, 21-16 sebelum Jepun berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain perseorangan wanita mereka, Akane Yamaguchi yang menewaskan Chen Yu Fei 21-19, 21-16.

Ini merupakan kekalahan Jepun yang keempat kepada China selepas tewas di final.

Kekalahan ini bermakna Jepun menjadi antara empat negara yang masih belum pernah merangkul gelaran juaran bagi Piala Sudirman.

Selain China, hanya Indonesia dan Korea Selatan pernah merangkul gelaran juara sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1989.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

piala sudirman, jepun, china, juara

Artikel Berkaitan

Artikel Lain