suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet catur wanita berang gara-gara perlawanan ditaja oleh klinik bedah payudara

Fide turut mengumumkan tajaan itu akan berterusan sepanjang tahun 2022. Foto: Getty Images/Cavan Images.

TAJAAN dalam acara sukan bukanlah satu perkara yang asing.

Namun, beberapa atlet catur wanita meluahkan rasa marah apabila organisasi sukan itu menjalin kerjasama dengan sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan bedah payudara.

Kerjasama dan tajaan antara syarikat teknologi perubatan Established Labs dengan Federasi Catur Antarabangsa (Fide) diumumkan awal minggu ini.

Fide turut mengumumkan tajaan itu akan berterusan sepanjang tahun 2022.

Pemain catur Jerman, Elisabeth Paehtz meluahkan rasa kurang senang dengan kerjasama itu.

"Sejujurnya saya bersyukur jik ada yang mahu menaja sukan catur. Tapi ia sepatutnya tidak dikaitkan dengan jantina, perkauman, dadah mahupun apa-apa yang berkaitan dengannya.

Selain bintang Jerman itu, beberapa pemain catur lain turut memberikan reaksi sama dan kurang senang dengan tajaan berkenaan.

"Catur melibatkan otak, bukan payudara," kata seorang lagi atlet. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain