suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo beri saranan kepada Solskjaer, mahu United bergerak lebih pantas

Ronaldo mahu skuad United bergerak lebih pantas jika mahu memanfaatkan kemampuan serangannya. Foto: ManUnited

SARANAN Cristiano Ronaldo kepada Ole Gunnar Solskjaer menyebabkan pengurus Manchester United itu menggesa anak-anak buahnya menggerakkan bola dengan lebih pantas sekiranya mahu memanfaatkan kemampuan serangan bintang antarabangsa dari Portugal itu.

Ronaldo mempamerkan aksi cemerlang sejak kembali ke Old Trafford dari Juventus apabila meledak lima gol dalam lima perlawanan.

Ronaldo dilaporkan memberi saranan jelas kepada Solskjaer bahawa dia mahukan rakan sepasukannya bermain dengan tempo lebih pantas terutama apabila berada di kawasan lawan.

Ronaldo diturunkan sebagai penyerang tengah sejak kemunculannya menentang Newcastle bulan lalu, dengan diiringi Jadon Sancho dan Mason Greenwood di bahagian sayap.

Paul Pogba dan Bruno Fernandes pula berada di posisi tengah bagi membantu bintang berusia 36 tahun itu.

Sumber menyebut skuad kejurulatihan United menekankan barisan pertahanan untuk melakukan serangan dengan pantas bagi melakukan hantaran kepada Ronaldo. - ESPN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain