suria

Sepasukan pengadil wanita adili aksi kelayakan Piala Dunia membabitkan England menentang Andorra

Sepasukan pengadil wanita akan diberi tugas mengadili aksi kelayakan Piala Dunia membabitkan Andorra menentang England.

SEPASUKAN pengadil wanita akan diberi tugas mengadili aksi kelayakan Piala Dunia membabitkan Andorra menentang England, awal pagi Ahad ini.

Pengadil dari Ukraine, Kateryna Monzul bertindak sebagai pengadil utama perlawanan dengan dibantu rakan senegaranya Maryna Striletska dan Svitlana Grushko.

Pengadil berpengalaman dari Perancis Stephanie Frappart akan menjadi mengendalikan video bantuan pengadil (VAR) untuk perlawanan Kumpulan I di Estadi Nacional.

Ini adalah kali pertama perlawanan antarabangsa membabitkan pasukan senior lelaki England dikendalikan sepasukan pengadil wanita.

Dua lelaki turut menjadi sebahagian daripada pasukan terbabit, dengan Denys Shurman sebagai pengadil keempat, dibantu rakannya dari Ukraine Viktor Matyash.

Monzul merupakan salah seorang daripada sepasukan pengadil wanita yang mengadili perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di antara San Marino dan Gibraltar pada November tahun lalu.

Dia melakar sejarah pada tahun 2016 ketika menjadi pengadil wanita pertama di Ukraine yang mengendalikan perlawanan divisyen teratas lelaki ketika perlawanan di antara Chornomorets Odesa dengan Volyn Lutsk.

Perlawanan besar lain yang pernah diadili Monzul adalah Piala Dunia Wanita, termasuk final 2015, dan Kejuaraan Eropah.

Sementara itu, sejak dua tahun kebelakangan ini, Frappart pula menjadi wanita pertama mengadili pertandingan Liga Juara-Juara lelaki, perlawanan Ligue 1 Perancis dan juga kelayakan Piala Dunia lelaki.

Dia juga menjadi pegawai wanita pertama yang terlibat dengan Kejuaraan Eropah lelaki tahun ini. - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Qatar anjur Grand Prix pertama

Artikel Lain