suria

Kes polis... duo Liverpool Trent Alexander-Arnold, Naby Keita terima emoji rasis di media sosial

Dua pemain Liverpool, Arnold dan Keita menerima emoji rasis setelah kekalahan Liverpool kepada Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

DUA pemain Liverool, Trent Alexander-Arnold dan Naby Keita menerima emoji rasis dalam balasan gambar yang disiarkan di Instagram baru-baru ini.

Penyalahgunaan tersebut adalah serupa dengan yang diterima oleh penyerang Brentford, Ivan Toney pada hari Selasa, Polis Merseyside dan Facebook telah melancarkan siasatan terhadap insiden tersebut.

Polis Merseyside sedang melakukan siasatan setelah duo Liverpool itu menjadi sasaran penderaan perkauman di platform media sosial, Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Erling Haland jadi tumpuan tetapi Jude Bellingham yang menonjol ketika menentang Manchester City

Emoji yang dikirimkan ke Keita dalam bentuk monyet susulan kekalahan Liverpool dalam Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid.

Sementara emoji monyet dikirimkan kepada Alexander-Arnold pada gambar yang dipostingnya pada 'Easter Day'.

Facebook, yang merupakan pemilik media sosial Instagram, telah memberitahu Sky Sports News bahawa pihak mereka juga sedang menyiasat masalah tersebut.

Jurucakap polis Merseyside berkata pihaknya memandang serius semua laporan mengenai jenayah kebencian dan siasatan dijalankan dengan kerjasama kelab bolasepak berkenaan.

"Saya ingin meyakinkan orang ramai bahawa kami akan terus bekerjasama untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab berdepan tindakan tegas dan dihadapkan ke mahkamah.

Arnold sedang melakukan hantaran lintang semasa aksi menentang Real Madrid

"Saya juga ingin mengingatkan pengguna media sosial bahawa setiap kesalahan yang dilakukan dalam talian, termasuk komunikasi jahat dan tingkah laku yang tidak wajar boleh disiasat," katanya.

Liverpool mengecam penganiayaan perkauman "keji" yang dikirimkan kepada dua pemain kelab itu pada Selasa petang.

Jurucakap Liverpool FC berkata,"Sekali lagi kami dengan sedih membincangkan penganiayaan perkauman yang mengerikan pada pagi hari selepas permainan bola sepak, ini sama sekali tidak dapat diterima dan ia harus berhenti.

"Liverpool Footbal Club mengecam segala bentuk diskriminasi dan kami akan terus bekerjasama melalui inisiatif Red Together untuk menentangnya.

"Sebagai sebuah kelab, kami akan menawarkan kepada pemain segala sokongan yang mereka perlukan.

Kami juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti mereka untuk bertanggungjawab.

Aksi Keita ketika cuba melepasi pertahanan Real Madrid

"Kami tahu bahawa ini tidak akan mencukupi sehingga langkah pencegahan platform media sosial dilaksanakan dengan seliaan.

"Situasi semasa tidak boleh dibiarkan berlanjutan dan menjadi kewajiban kita untuk memastikannya tidak berlaku," katanya.

Pada Selasa, penyerang Brentford, Ivan Toney telah dua kali menjadi sasaran kumpulan rasis di Instagram.

Pemain berusia 25 tahun itu mendapat satu mesej peribadi yang dihantar kepadanya selepas seri tanpa gol di antara Brentford dengan Birmingham pada Selasa malam.

Ini termasuk perkataan 'monyet' dan sejumlah emoji monyet dan pisang.

Dengan itu, Toney berkata: "Jujur, saya sudah selesai."

Facebook telah memberitahu Sky Sports News bahawa pihaknya telah menghapus akaun Instagram yang mengirim mesej kepada Toney kerana melanggar peraturannya. -skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain