suria

Pemain bola luah rasa malu, Ronaldo enggan tukar jersi ketika tamat perlawanan

Gosens berkongsi hal itu menerusi biografi ‘Dreams Are Worthwhile’.

BINTANG Atalanta, Robin Gosens mengimbas semula kisah yang berlaku antara dirinya dengan Cristiano Ronaldo.

Menurut Gosens, pemain Juventus itu bersikap dingin terhadapanya.

Malah, cubaan Gosens untuk menukar jersi dengan Ronaldo ketika tamat perlawanan juga tidak dihiraukan.

Ujarnya, kejadian itu membuatkan dia berasa malu.

Dia berkongsi hal itu menerusi biografi ‘Dreams Are Worthwhile’.

"Ketika perlawanan menentang Juventus, saya cuba realisasikan impian untuk miliki jersi Ronaldo.

"Selepas tamat perlawanan, saya menghampirinya. Saya tanya, tapi dia tak terima.

"Dia langsung tak pandang saya. Saya rasa malu," ujar Gosens. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain