suria

Pemain bukan mesin, Guardiola pertahan sistem penggiliran demi buru 4 piala musim ini

Sistem penggiliran pemain yang diterapkan Guardiola adalah untuk memberi rehat kepada pemain agar lebih segar menghadapi lawan yang mendatang.

BOS Manchester City, Pep Guardiola berjanji akan melakukan sistem penggiliran pemain bagi mengekalkan harapan untuk memenangi empat piala musim ini.

Pengurus tersebut menegaskan bahawa dia perlu terus mengubah taktikal pasukannya untuk memastikan pasukan Manchester City tidak kehabisan tenaga dan dapat bertarung untuk menjulang empat piala musim ini.

Guardiola menyatakan dia akan terus melakukan rotasi pemain kerana pemain Manchester City bukan ‘mesin’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami akan lakukan segalanya untuk kekalkan Messi” - Koeman

Guardiola mengekalkan John Stones, Ilkay Gundogan dan Joao Cancelo di bangku simpanan sementara Raheem Sterling bermain kurang dari 30 minit dan Phil Foden membuat cameo dua minit dalam kemenangan 2-0 pada Sabtu di Leicester.

Guardiola juga melakukan enam perubahan di Stadium King Power ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris itu semakin dekat untuk mendapatkan kembali gelaran juara, hasil jaringan gol dari Benjamin Mendy dan Gabriel Jesus, dan menegaskan dia terpaksa terus menggunakan sistem penggiliran pemain.

Guardiola sedang memberikan arahan terhadap pemainnya

"Mereka adalah manusia, mereka bukan mesin," kata Guardiola

"Saya tahu ada pemain yang akan kecewa kerana mereka mahu bermain setiap kali perlawanan tetapi perkara ini tidak mungkin berlaku.

"Untuk bertanding dalam semua pertandingan pada tahun ini tanpa penonton, dalam pertandingan terpendek yang pernah ada, (jika) kami tidak melakukan rotasi pemain, kami tidak akan bertahan dalam semua pertandingan dan kami tidak akan berada dalam kedudukan yang selesa sekarang.

Mereka adalah manusia, mereka bukan mesin.

PEP GUARDIOLA

PENGURUS MANCHESTER CITY

"Sudah tentu mereka boleh bermain, mereka mempunyai mental yang luar biasa tetapi mereka memerlukan rehat. UEFA dan FIFA membunuh pemain kerana terlalu banyak perlawanan.

"Tidak ada pemain yang dapat bertahan, bukan hanya secara fizikal tetapi mental bagi melalui setiap perlawanan untuk bersaing dengan lawan dan memenangi pertandingan, ia tidak mungkin.

"Saya melakukan rotasi pemain dan menang, saya seorang yang genius, 'kerja yang bagus Pep' tetapi ketika kami kalah dan saya melakukan rotasi pemain orang berkata 'mengapa lakukan rotasi? Anda harus bermain dengan pemain seperti biasa'. Tetapi, ia tidak akan berkekalan.

"Pertandingan seterusnya kami akan bermain dengan segar ketika menentang Leeds, lebih segar dari sebelumnya."

Manchester City menjadi tuan rumah dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara mereka pada hari Selasa sebelum menyambut Leeds ke Etihad pada hari Sabtu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain