suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kami akan lakukan segalanya untuk kekalkan Messi” - Koeman

Messi sebelum ini berhasrat mahu meninggalkan Barcelona.

BOS Barcelona Ronald Koeman berkata kelab akan melakukan segala yang termampu bagi meyakinkan Lionel Messi untuk mengadakan pertemuan dengan presiden baru, Joan Laporta seterusnya merancang musim akan datang.

Kontrak Messi bersama Barcelona bakal berakhir pada Jun dan dia belum memutuskan langkah seterusnya.

Pemain berusia 33 tahun itu berhasrat meninggalkan Barca tahun lalu di bawah 'rejim' sebelumnya.

"Ini adalah masalah yang sangat penting dan kami akan melakukan semua yang kami mampu untuk Leo (Messi) menghabiskan bertahun-tahun lagi di kelab ini," kata Koeman.

Koeman memberikan maklum balas tersebut ketika ditanya perancangan kelab terhadap Messi. - ESPN.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain