suria

Mbappe dedah anggap dirinya lebih baik daripada Ronaldo, Messi

Kylian Mbappe sentiasa mahu mengatakan dirinya sebagai yang terbaik. foto Reuters

KYLIAN Mbappe mendedahkan beliau memberitahu dirinya merupakan pemain terbaik di dunia, lebih baik daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Tindakan itu dibuat beliau sebagai motivasi setiap kali sebelum perlawanan.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) berusia 22 tahun itu berusaha untuk menjadi pemain terbaik di dunia, gelaran yang diperjuangkan oleh Messi dan Ronaldo selama 15 tahun.

Penyerang Barcelona, Messi dan penyerang Juventus, Ronaldo itu telah memenangi 11 daripada 12 gelaran Ballon d'Or sejak 2008.

Kedua-dua mereka juga memecahkan banyak rekod jaringan gol sepanjang karier mereka bersama kelab dan skuad antarabangsa.

Mbappe yang membantu pasukannya menjuarai Piala Dunia, tidak menunjukkan sebarang prestasi, dan mengakui bercakap mengenai diri sendiri untuk memperoleh keyakinan sebelum perlawanan.

Bercakap kepada RMC Sport, beliau berkata: "Ego? Sudah tentu, ini penting kerana ketika anda berada dalam keadaan yang mencabar, tidak ada orang lain yang akan mendorong anda. Dan anda harus meyakinkan diri anda bahawa anda mampu mengatasinya.

"Hanya anda dan pemikiran anda. Hanya anda. Anda harus meyakinkan diri anda bahawa anda mampu melakukan perkara-perkara hebat. Setiap kali saya bermain di padang, saya selalu mengatakan pada diri saya bahawa saya adalah yang terbaik namun saya masih bermain di mana terdapat Messi dan Cristiano Ronaldo.

"Mereka adalah pemain yang lebih baik daripada saya, mereka telah memberi sumbangan lebih banyak daripada saya. Tetapi, dalam fikiran saya, saya selalu mengatakan pada diri saya bahawa saya adalah yang terbaik kerana dengan cara itu anda tidak memberi had kepada diri sendiri dan anda berusaha memberikan yang terbaik," katanya. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain