suria

Selepas pemergian Ronaldo, jaringan Benzema makin mencanak

Karim Benzema berharap dapat memecahkan rekod peribadi miliknya musim ini.

KARIM Benzema sedang berusaha memecahkan rekod jaringan gol terbaik dalam kariernya untuk tempoh semusim.

Benzema telah menjaringkan sembilan gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya.

Penyerang ini memainkan peranan yang mantap untuk Real Madrid dalam meledak gol, setelah pemergian Cristiano Ronaldo.

ARTIKEL BERKAITAN: Lilitan kapten Ronaldo dilelong bagi meraih dana biayai rawatan bayi hidap sakit saraf

Benzema telah membuktikan dia adalah pemain utama Real Madrid.

Ini adalah musim yang luar biasa bagi sebuah kelab yang sudah biasa memenangi piala besar.

Beberapa tahun lalu, Real Madrid telah memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut, dan ia adalah pasukan pertama yang melakukannya menerusi pertandingan tersebut.

Mereka juga menjuarai La Liga musim lalu untuk kali ke-34.

Tidak menghairankan jika jumlah gol Benzema telah bertambah sejak pemergian Ronaldo.

Benzema sedang meraikan jaringan yang dijaringkan olehnya

Dalam dua musim terakhir, Benzema gagal mencapai 20 gol dalam semua pertandingan, dan hanya menjaringkan 12 gol pada musim 2017/18.

Thomas Allnutt, dari agensi media Perancis berkata, salah satu perkara tentang Benzema yang mungkin tidak disedari ialah dia pemain bola sepak yang sangat berbakat dalam permainannya.

"Dia penyudah yang sangat baik, dia juga bertahan, berlari dan memberi tekanan terhadap pihak lawan, dia dapat bermain dengan sangat baik pada masa tambahan.

Ini penghormatan untuk betapa baiknya pemain serba boleh bahawa dia dapat menyesuaikan peranannya."

Pada musim 2018/19, Benzema menjaringkan 30 gol dalam 53 perlawanan, jumlah tertinggi sejak musim 2011/12, yang merupakan kempen jaringan gol terbaiknya.

Tahun berikutnya Benzema menjaringkan 27 gol dalam 48 perlawanan.

Pada usia 33 tahun, Benzema mungkin bukan pengganti jangka panjang Ronaldo di Real Madrid, tetapi dia pastinya merupakan antara pemain terpenting Real Madrid sekarang. skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain