suria

Erling Haland jadi tumpuan tetapi Jude Bellingham yang menonjol ketika menentang Manchester City

Bellingham tampak lebih bersinar daripada Haaland ketika menentang Manchester City.

JUDE Bellingham merupakan pemain kedua termuda yang memulakan suku akhir Liga Juara-Juara pada usia 17 tahun.

Semua pandangan tertumpu pada Erling Haaland dalam kemenangan pertama perlawanan Liga Juara-Juara Manchester City ke atas Borussia Dortmund tetapi Jude Bellingham terbukti menjadi pemain penting dalam perlawanan itu.

Kepantasan, corak permainan dan pergerakan Haaland berkesan tetapi Bellingham yang lebih muda dari usia 20 tahun benar-benar menarik perhatian dalam perlawanan pertama menentang City.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola luah rasa malu, Ronaldo enggan tukar jersi ketika tamat perlawanan

Bellingham menjadi satu-satunya pemain kedua termuda yang memulakan suku akhir Liga Juara-Juara, Pemain termuda adalah Bojan yang beraksi pada April 2008 bersama Barcelona ketika menentang Schalke.

Bellingham juga merupakan produk daripada akademi Birmingham.

Dia memiliki kesempatan pertama untuk menunjukkan kemampuannya pada malam itu dan berjaya memberikan impak dalam pasukan Dortmund meskipun tewas 2-1 kepada City.

Di samping bijak membaca perlawanan, sifat atletisme dan fizikalnya ditunjukkan ketika dia berlari ke arah gawang dan cuba menjaringkan gol, tapi golnya dibatalkan kerana kekerasan yang dilakukan terhadap Ederson sebelum bola memasuki ke gawang pihak lawan.

Bellingham sedang cuba melepasi dua pemain Manchester City

"Saya rasa saya memenangi bola dengan adil," kata Bellingham.

"Ini agak mengecewakan pada saat ada begitu banyak TV dan kamera tetapi dalam bola sepak, anda harus meneruskannya."

"Permainan yang sangat bagus, dia bermain seperti orang dewasa," kata pemerhati Owen Hargreaves.

Hargreaves menambah: "Dia sudah menjadi bintang dan dia akan menjadi yang terbaik dalam masa yang singkat."

Nasib Borussia Dortmund untuk layak ke separuh akhir Liga juara-Juara masih ada jika mereka beraksi cemerlang dan menang pada perlawanan kedua menentang City. -skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain