suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antoine Griezmann sambut cahaya mata ketiga... menariknya semua lahir tanggal 8 April!

Griezmann bersama anak sulungnya ketika meraikan kejayaan Perancis yang dinobatkan juara Piala Dunia pada 2018.

BINTANG Barcelona, Antoine Griezmann meraikan detik gembira apabila bergelar bapa buat kali ketiga.

Griezmann menyambut cahaya mata ketiganya yang lahir pada tarikh sama seperti dua anaknya iaitu 8 April.

Pemain yang berasal dari Perancis itu dan isteri, Erika Choperena sebelum ini mempunyai dua anak iaitu Mia yang berusia lima tahun, dan Amaro, dua tahun.

Untuk rekod, Griezmann dan Choperena melangsungkan perkahwinan pada 2017.

Berkongsi berita gembira itu di media sosial, Griezmann kemudian turut menerima ucapan tahniah dari Barcelona.

Difahamkan, Griezmann terlepas sesi latihan bersama Barcelona pada Khamis menjelang aksi El Clasico dengan Real Madrid pada Sabtu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain