suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukar buat pilihan, namun Usain Bolt lebih kagumi Ronaldo daripada Messi

Usain Bolt lebih mengkagumi Ronaldo kerana pencapaian cemerlangnya beraksi di liga yang berbeza.

PELARI pecut legenda, Usain Bolt mengakui sukar untuk memilih antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Peminat bola sepak sering membuat perbandingan dan berbalah pendapat mengenai siapakah pemain bola sepak terhebat di antara kedua-dua bintang tersebut.

Sungguhpun sukar, Bolt akhirnya memihak kepada Ronaldo dan mengkagumi pemain antarabangsa Portugal itu sejak dia bersama Manchester United.

"Sukar bagi saya untuk memilih kerana saya sokong Argentina, tetapi saya peminat Cristiano Ronaldo.

"Saya mengkagumi Ronaldo sejak dia bermain untuk Manchester United dan saya menyokong Red Devils," kata Bolt kepada Gazetta dello Sport.

Menjelaskan mengenai pilihannya, Bolt berkata Ronaldo telah membuktikan kecemerlangannya beraksi di liga yang berbeza, tidak seperti Messi yang telah menikmati sepanjang kariernya di Sepanyol.

"Saya rasa dia mempunyai sesuatu yang lebih daripada Messi kerana dia telah membuktikan dirinya di liga yang berbeza.

"Itulah sebabnya saya memilih Ronaldo," kata Bolt. - Sportbible

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain