Tersingkir awal Sukan SEA, Kim Swee enggan salahkan taktikal “Bukan bererti dunia sudah kiamat” - Sukan | mStar

Tersingkir awal Sukan SEA, Kim Swee enggan salahkan taktikal “Bukan bererti dunia sudah kiamat”

Pemain-pemain kelihatan kecewa selepas tewas 3-1 kepada Kemboja.

JURULATIH skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan menyalahkan percaturan taktikalnya menggunakan formasi 3-4-3 sebagai punca kegagalan anak buahnya tersingkir awal di peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA ke-30 di sini.

Beliau berkata sesetengah pihak cuba membangkitkan isu kesilapan taktikal sebagai punca skuad negara kalah 1-3 kepada Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Memorial Rizal pada Rabu.

“Apabila kita layak ke peringkat suku akhir (Sukan Asia 2018) dengan menewaskan Korea Selatan, tak ada orang yang mempersoalkan formasi saya, tetapi kenapa mempertikaikan sekarang sedangkan ramai pemain yang sama.

“Jika kita melihat pada formasi, macam-macam formasi yang kita boleh bermain, tetapi kalau kita tidak boleh bermain mengikut kehendak kita, kerana itu keputusan tak menyebelahi kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Keputusan itu menyaksikan Kemboja mengiringi juara kumpulan, Myanmar ke saingan separuh akhir.Kim Swee menegaskan pencapaian buruk skuad negara pada temasya dwitahunan itu bukan bererti dunia sudah kiamat tetapi sebaliknya beberapa pasukan belasahan di Asia Tenggara sudah menunjukkan peningkatan.

Beliau mengakui skuad negara tidak layak ke saingan separuh akhir berdasarkan prestasi hambar sepanjang kempen kali ini malah menyalahkan tempoh persediaan yang singkat.

“Kita perlu menerima hakikat ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi kita harus memikirkan apa yang harus kita lakukan selepas ini supaya tidak ketinggalan daripada pasukan ASEAN lain,” katanya.

Malaysia memulakan kempen dengan keputusan seri 1-1 menentang Myanmar, sebelum dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Filipina sebelum bangkit menewaskan Timor Leste 4-0.

Keputusan itu menyaksikan episod Sukan SEA 1991 Manila berulang, apabila pada edisi itu juga Malaysia tewas 0-1 kepada Filipina di venue yang sama untuk tersingkir seawal peringkat kumpulan. - Bernama

Ong Kim Swee , Sukan SEA , Tewas , Kumpulan

Artikel Sebelum

Kontrak Kim Swee tidak akan disambung - FAM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain