Kontrak Kim Swee tidak akan disambung - FAM - Sukan | mStar

Kontrak Kim Swee tidak akan disambung - FAM

Kontrak Kim Swee berakhir hujung tahun ini.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kontrak ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee yang berakhir hujung tahun ini tidak akan disambung.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika dihubungi Bernama telah mengesahkan perkara berkenaan.

"Kontrak Datuk Ong (Kim Swee) sebagai ketua jurulatih skuad B-22/B-23 yang berakhir pada penghujung 2019 tidak akan disambung," katanya.

Perkara itu diumumkan sehari selepas skuad B-22 negara dibarisi antara pemain muda terbaik negara gagal mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak temasya Sukan SEA 2019 di Filipina dengan rekod persembahan terburuk.

Skuad bimbingan Kim Swee beraksi hambar dalam dua perlawanan pertama Kumpulan A berdepan Myanmar dan Filipina sebelum bangkit membenam Timor Leste 4-0 untuk terus menghidupkan peluang melangkah ke peringkat seterusnya.

Di saat hanya kemenangan perlu diraih dalam aksi terakhir kumpulan, skuad negara diaibkan dengan kekalahan 1-3 di tangan pasukan bukan pilihan, Kemboja yang menyaksikan skuad Angkor Warriors itu meraih kemenangan pertama berdepan Malaysia dalam sejarah penganjuran Sukan SEA.

Stuart berkata satu pertemuan bersama Kim Swee akan diadakan bagi mendapatkan penjelasan pengendali berusia 48 tahun itu bersama laporan penuh mengenai prestasi buruk skuad negara di temasya dwitahunan itu.

"Berhubung keputusan, kami betul-betul kecewa. Kami akan melakukan post-mortem apa yang berlaku untuk pastikan perkara sama (prestasi buruk) tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Diharapkan perkara itu dapat diperbaiki," tambah Stuart.

Ini merupakan kegagalan kedua Kim Swee dalam membawa Malaysia mara ke separuh akhir sepanjang lima edisi Sukan SEA selepas turut kecundang di peringkat kumpulan pada edisi 2015 di Singapura.

Kim Swee sebelum ini memiliki reputasi baik bersama skuad B-22 negara apabila merangkul pingat emas pada edisi 2011 di Jakarta dan pingat perak di Kuala Lumpur pada 2017.

Beliau turut mencipta sejarah membawa Malaysia mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 sebelum melakar kejayaan membanggakan dengan menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam saingan kumpulan temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta. - Bernama

FAM , Ong Kim Swee , Kontrak , Tamat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain