suria

ONE Championship: Dua tahun menyepi kini Saiful kembali ke gelanggang bertemu Jordan Boy

Saiful bakal kembali ke gelanggang selepas dua tahun menyepi kerana kecederaan.

DUA tahun menyepi, bukanlah sesuatu yang mudah buat Saiful  Saiful 'The Vampire' Merican untuk kembali beraksi pada edisi di Kuala Lumpur ONE: Masters Of Destiny hujung minggu ini.

Namun pengalaman dalam seni mempertahankan diri membuatkan dia yakin untuk berdepan dengan pendatang baharu dalam ONE Championship  Mohammed 'Jordan Boy' Mahmoud.

Mereka bakal berdepand dalam pertarungan bantamweight Muay Thai.

“Sudah hampir dua tahun saya tidak beraksi. Tetapi dalam tempoh itu saya tetap meneruskan latihan.

“Saya sudah beraksi sejak 1998 dan berpeluang untuk bertarung dengan pelbagai lawan yang mempunyai bermacam-macam strategi.

“Satu hakikat yang kita tidak boleh lari adalah saya mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam sukan ini,” katanya.

Petarung dengan gelaran 'The Vampire ini memberitahu dia telah mengutip pelbagai pengalaman dan latihan sepanjang perjalanan karier seni mempertahankan dirinya dan pernah beraksi dengan lawan seperti Mohammed sebelum ini.


Saiful bakal menggunakan pengalamannya berdepan dengan Mohammed.

Walaupun menyedari hakikat bahawa dia mempunyai kelebihan menjelang perlawanan Jumaat depan, anak kelahiran Terengganu ini tidak memandang rendah segala persiapan yang harus dilakukannya.

“Saya tidak pernah memandang rendah pihak lawan, sama ada yang masih muda, atlet yang kurang pengalaman atau veteran dalam sukan ini.

“Saya menilai mereka dengan cara seimbang,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, Merican sedar bahawa Mohammed akan berjaga-jaga dengan corak permainan yang dibawa ke gelanggang, kerana dia sendiri pernah bertarung dengan seseorang yang lebih berpengalaman pada awal kariernya.

“Jordan Boy adalah seorang atlet yang bagus. Dia mempunyai karakter hebat dan jumlah kemahiran yang bagus.

“Saya tahu beliau masih muda, sentiasa lapar dan mempunyai keinginan untuk sentiasa menang.

“Saya masih ingat pengalaman pertama saya menentang seorang pemuda yang sangat berpengalaman suatu ketika dahulu.

"Ketika itu saya sangat takut dan tahu apa yang akan dialami olehnya ketika melangkah masuk ke dalam gelanggang pada 12 Julai ini.

“Dia perlu mengatasi perasaan gementarnya dan bertenang. Bila keadaan mentalnya sudah stabil, dia mampu menjadi seorang lawan yang berbahaya,” katanya.

Bagaimanapun Saiful memberitahu dia sudah mengkaji dan mengambil kira kelemahan lawan.

“Saya sudah mengkaji perlawanannya. Banyak yang saya rancang dalam minda dan saya juga pasti Jordan Boy juga mempunyai beberapa strategi. Namun, bak kata Mike Tyson, “semua orang mempunyai perancangan, sampailah terkena ke muka sendiri,” ujar Saiful.

Artikel Lain