suria

Herrera dedah punca tinggalkan Manchester United

Ander Herrera. Foto AFP

ANDER Herrera mendedahkan dia meninggalkan Manchester United kerana perbezaan pendapat mengenai peranannya dalam rancangan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG) menerusi perpindahan percuma awal bulan ini selepas lima tahun di Old Trafford.

Ditanya mengapa meninggalkan Manchester United, bercakap kepada akhbar Sepanyol, Marca, Herrera berkata: "Saya tidak suka melihat kisah lalu, tetapi terdapat perbezaan mengenai projek dan kepentingan saya di dalamnya.

"Saya sangat gembira, saya amat berterima kasih kepada kelab dan peminat dan juga Solskjaer. Dia melakukan banyak perkara untuk saya kekal, tetapi perkara itu tidak berlaku.

"Mereka terlambat, dan ketika itu saya telah membuat keputusan untuk bermain di Paris," katanya.

Bekas rakan sepasukan Herrera, David de Gea, berulang kali dikaitkan dengan perpindahan ke PSG sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Daily Mail UK

Ander Herrera, PSG, Manchester United

Artikel Lain