Kemelut perebutan kerusi presiden MPM berlarutan, AGM ditangguh - Sukan | mStar

Kemelut perebutan kerusi presiden MPM berlarutan, AGM ditangguh

John (tengah) mengumumkan AGM MPM ditangguhkan ke satu tarikh baharu dan enggan menjelaskan punca penangguhannya.

PEMILIHAN Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bagi penggal 2019-2023 ditangguhkan.

Penangguhan AGM kali ke-22 ini diumumkan oleh Timbalan Presiden MPM John Ng yang mempengerusikan mesyuarat selepas lebih kurang satu jam mesyuarat berlangsung.

Bagaimanapun penyandang Presiden SM Nasarudin SM Nasimuddin serta dua calon baharu Datuk Seri Megat Shahriman Zaharuddin dan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak hadir.


“Penangguhan mesyuarat ini mendapat keputusan sebulat suara daripada semua ahli gabungan sementara untuk mendapat tarikh baharu yang dibenarkan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS)," ujar Ng ringkas tanpa memberi penjelasan lanjut punca penangguhan dibuat.

Mengikut perlembagaan, MPM perlu memanggil ahli gabungan untuk berbincang mengenai tarikh baharu dalam tempoh 30 hari sebelum menyerahkan permohonan kepada PJS.

Malah mereka juga tidak menjelaskan untuk AGM seterusnya sama ada masih meneruskan pencalonan yang sedia ada atau senarai baharu.

Sementara itu, Megat Shariman yang tidak hadir kerana berada di AGM Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) memberitahu, beliau tidak pasti apa yang berlaku kerana tidak berada di situ.

“Kalau mereka (ahli exco) profesional ikut perlembagaan mereka akan tahu apa yang nak buat.

“Tapi kalau mereka terus menidakkan benda yang tak betul, saya rasa semua yang terlibat perlu digantung.

“Kami akan cuba menimbang untuk membuat laporan sehingga ke IPC (Majlis Paralimpik Antarabangsa) dan Majlis Paralimpik Asia).

“Kalau ada keperluan saya akan lakukan kerana ia memberi kesan kepada atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan PJS sendiri.

“Dari hari pertama saya beritahu, sangat penting untuk bekerjasama dengan korporat dan juga ahli lembaga kerana ahli exco sekarang kini langsung tak tunjukkan ketulusan.

“Ini sangat jijik, paling busuk dan teruk,” ujarnya yang memenangi kerusi presiden PHKL.

Ditanya sekiranya beliau akan menghantar kembali pencalonan baharu untuk bertanding jawatan presiden pada AGM akan datang, Megat Shahriman memberitahu ‘belum pasti’.


“Saya takde idea. Saya kena pergi oversea kena bekerja. Tak pasti lagi buat masa sekarang.

“Tapi kalau sesiapa nak ambik tempat banyak najis tu, ambillah, ” katanya.

Sebagai rekod, kemelut ini timbul selepas Khairy menghantar borang pencalonan untuk jawatan presiden selepas tarikh tutup.

Susulan daripada itu, Megat Shahriman tampil mendedahkan ada unsur penipuan terhadap borang pencalonan yang diserahkan Khairy.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain