suria

Manchester United kenal pasti pengganti Pogba

Paul Pogba. Foto Reuters

MANCHESTER United telah mengenal pasti pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic sebagai calon yang sesuai menggantikan Paul Pogba.

Pogba yang kembali ke Old Trafford pada 2016, meragui masa depannya di Manchester United.

Malahan, dia mendedahkan sedang mempertimbangkan 'cabaran baharu'.

Timbul spekulasi mengenai rancangannya untuk berpindah ke Real Madrid atau kembali ke kelab lamanya, Juventus.

Mirror Football pada bulan ini mendedahkan Red Devils sedia menepiskan spekulasi itu atau terus dengan mengekal Pogba pada musim panas ini, menerusi peruntukan sekurang-kurangnya £150 juta (RM787 juta) untuk pemain tersebut.

Manchester United telah menyenarai pendek calon-calon yang sesuai untuk menjadi pengganti Pogba.

Rakitic mengungguli senarai teratas berkenaan, sebagaimana yang didakwa akhbar harian sukan Sepanyol. - Mirror UK

Artikel Lain