Hanya beri jersi berpeluh, Ronaldo dikritik tak bantu pemain bola sakit - Sukan | mStar

Hanya beri jersi berpeluh, Ronaldo dikritik tak bantu pemain bola sakit

Pertemuan Ricksen (duduk), isteri dan anaknya dengan Ronaldo.

BINTANG Juventus Cristiano Ronaldo dikritik kerana tidak membantu pemain Rangers FC, Fernando Ricksen yang sedang sakit biarpun sudah bertemu dengannya secara peribadi.

Perkara itu didedahkan isteri Ricksen, Veronica Ricksen menerusi temubual laman web Russian Match TV.

Ujar Veronica, Ronaldo sebaliknya hanya memberi jersi berpeluh yang dipakai kepada anak perempuannya, Bella.

'Kami juma dia sekali. Tak ada apa yang menarik untuk dikatakan mengenai pertemuan itu.

"Anak kami, Bella nak jumpa lelaki yang bermain bola dengan bapanya. Kami ke Madrid untuk jumpa Ronaldo.

"Dia bagi jeris berpeluh yang dipakai sejurus berakhir perlawanan. Ada seorang lelaki dari FIFA berjanji nak mulakan yayasan bagi bantu suami saya, tapi tiada apa-apa pun," katanya lagi.

Jelas Veronica, Ronaldo juga tidak membuat apa-apa tindakan meskipun sudah mendengar kisah mengenai penyakit berkaitan sel saraf yang dihidapi suaminya. - Fox Sport Asia.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor