suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Liga 2 didakwa tumbuk penonton selepas ditegur buat bising semasa tayangan filem Avengers

Marvin Ekpipeta. Foto Central News

SEORANG pemain bola sepak didakwa menumbuk seorang penonton di pawagam yang memintanya supaya berhenti berbual semasa tayangan filem Avengers.

Menerusi pendengaran di mahkamah, pemain Leyton Orient, Marvin Ekpiteta, 23, didakwa menyerang Steven Durieux apabila penonton itu merungut pemain berkenaan membuat bising semasa tayangan filem Infinity War di Pawagam Vue di Angle, utara London.

Ketika kejadian, Durieux berulang kali meminta pemain itu bersama teman wanita yang berbual sepanjang tayangan filem supaya diam.

Bagaimanapun, Ekpiteta bertindak menyerang Durieux selepas selesai tayangan filem.

Archie Mackay yang membuat pendakwaan berkata, Ekpiteta yang menyertai kelab Liga Dua pada Januari tahun lalu, menumbuk Durieux di hadapan ibu mangsa sejurus selepas filem berdurasi dua jam dan 40 minit itu berakhir.

"Akibat serangan itu, Steven Durieux mengalami kecederaan pada kelopak mata dan bahu," katanya.

Ekpiteta bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Perbicaraan bersambung. - Mirror UK


Artikel Lain