suria

Sarri tiba di Turin sebelum terbang ke Greece jumpa Ronaldo

Sarri tiba di Turin diperkenalkan sebagai pegurus baharu Juventus.

MAURIZIO Sarri tiba di Turin untuk diperkenalkan sebagai pengurus baharu Juventus.

Namun bekas pengendali Chelsea itu dilaporkan tidak mengambil masa lama berada di situ kerana terus terbang ke tempat lain.

Menurut laporan, selepas diperkenal kepada media, Sarri akan berangkat ke Greece untuk bertemu bintang kelabnya Cristiano Ronaldo yang kini sedang bercuti bersama teman wanita dan anaknya.

Bekas pengurus Napoli itu kembali ke Serie A selepas hanya satu musim berada di England bersama Chelsea.

Ronaldo bersama tunang dan anaknya bercuti di Greece.

Dia sempat merakam kejayaan bersama The Blues dengan menjulang trofi Liga Europa dan mara ke final Piala Carabao serta menamatkan di tangga ketiga liga.

Namun Sarri gagal memenangi hati penyokong-penyokong di Stamford Bridge dan dia dibenarkan meninggalkan kelada dengan bersetuju menerima pakej pampasan sebanyak 7 juta paun (RM37 juta).

Kini Sarri menjadi sandaran untuk membawa trofi Serie A bersama Juventus yang telah menjulang kejuaraan di Itali sepanjang lapan musim ini.

Dia juga bakal diuji dengan kejayaan di peringkat Eropah.

Kali terakhir Juventus menjualng trofi Liga Juara-Juara adalah pada tahun 1996.

Mereka tewas pada aksi akhir sebanyak lima kali dan musim lalu tersingkir di saingan suku akhir. - Dailymail.co.uk

Maurizio Sarri, Ronaldo, Juventus

Artikel Lain