suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enrique letak jawatan sebagai jurulatih La Roja

Moreno (kiri) mengambil alih tugas Enrique mengendali skuad La Roja.

LUIS Enrique meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Sepanyol.

Pengesahan itu dibuat pada sidang media yang berlangsung pada Rabu yang turut dihadiri Presiden Bola Sepak Sepanyol Luis Rubiales dan Pengarah Kelab Jose Francisco Molina.

Posisi Enrique itu akan digantikan dengan Roberto Moreno.

Sebelum ini Moreno telah mengendalikan skuad dalam tiga perlawanan ketika ketiadaan Enrique yang tidak hadir kerana dikaitkan dengan masalah peribadi.

Moreno turut menjadi pilihan pemain-pemain sebagai jurulatih selepas memberi sentuhan kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Enrique  melepaskan jawatannya itu selepas setahun menguruskan La Roja.

Secara keseluruhannya jurulatih berusia 49 tahun itu mengendalikan lebih tujuh perlawanan dengan mencatat lima kemenangan dan dua tewas. -Onefootball

Artikel Lain