suria

Lukaku setuju perjanjian Inter Milan

Romelu Lukaku. Foot Gettu Images

ROMELU Lukaku dilaporkan bersetuju dengan perjanjian lumayan untuk menyertai Inter Milan.

Penyerang Manchester United itu mempunyai perjanjian untuk berpindah ke kelab gergasi Serie A, Inter Milan.

Bagaimanapun, jumlah bayaran masihn belum dipersetujui antara kedua-dua kelab.

Manchester United mahu mendapatkan kembali pulangan £75 juta (RM396 juta) yang dibelanjakannya pada 2017 bagi mendapatkan Lukaku, namun Inter Milan masih belum memenuhi tuntutan berkenaan. 

Memetik laporan The Sun, Lukaku bakal menerima £180,000 (RM950,680) seminggu selepas bersetuju dengan terma peribadi bersama Inter Milan. - Daily Mail UK

Artikel Berikut

Artikel Lain