Pergi sebagai juara bertahan, pulang jadi juara - CDM Sukan SEA Filipina

Megat Zulkarnain (enam dari kiri) bergambar bersama pasukan wushu selepas sesi lawatan CDM ke pusat latihan menjelang Sukan SEA di Filipina November ini. Foto: The Star/ FAIHAN GHANI

“SEMUA atlet tidak perlu risau, hanya fokus sepenuhnya kepada latihan,” ujar Chef de Mission (CDM) Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) itu berkata, semua atlet bagi 51 acara perlu menjalani latihan terbaik untuk terpilih ke Filipina pada November ini.

“Kita akan pergi ke Filipina sebagai juara bertahan dan kita tidak ada pilihan lain selain memberi saingan.

“Apa sahaja keputusan, biarlah hari pertandingan yang tentukan.

“Mengenai masalah lain seperti makanan, pengangkutan dan tempat tinggal, biar kami pihak sekretariat yang uruskan.

“Pihak kami termasuk MSN (Majlis Sukan Negara), MOM (Majlis Olimpik Malaysia) serta ISN (Institut Sukan Negara) sudah mengenal pasti beberapa masalah termasuk makanan halal dan penginapan acara di luar Manila,” jelasnya kepada sesi lawatan pertamanya sebagai CDM di Bukit Jalil pada Rabu.

Tambah Megat Zulkarnain, pihaknya juga akan memastikan pasukan negara akan diberi perhatian sama rata.

“Hari ini kami sempat melawat beberapa pasukan menjalani persiapan Sukan SEA, dan selepas ini saya akan terus melawat acara-acara lain.

“Pada awal Julai ini MSN, MOM dan akan berangkat ke Filipina bagi melawat venue dan persiapan pihak penganjur.

“Ini bagi melihat persediaan mereka dan sekiranya apa sahaja masalah yang timbul saya akan bawakan pada mesyuarat CDM pada 10-13 Julai ini.

“Kita perlu berlaku adil kepada tuan rumah kerana kita pernah jadi penganjur. Kita tengok sendiri apa masalah yang timbul dan tidak hanya membuat andaian berdasarkan laporan media.

“Kami tahu mereka akan buat yang terbaik,”  jelasnya.

Tambah Megat Zulkarnain, pasukan sekretariat kini sudah lengkap dengan pelantikan bekas jaguh renang negara, Nurul Huda Abdullah selalu Timbalan CDM.

“Sekarang kita sudah ada Ahmad Faedzal Md Ramli (CEO ISN) dan Nurul Huda yang memahami perasaan bagaimana untuk bersaing mendapatkan pingat,” katanya selepas membuat lawatan pasukan menembak, taekwando, ping pong, karate dan wushu.

Sebagai rekod pada edisi Kuala Lumpur 2017, Malaysia menamatkan saingan di Sukan SEA ke-29 dengan 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa bagi muncul juara keseluruhan.

CDM, SUkan SEA, Megat Zulkarnain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!