suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar mahu kembali ke Barcelona

Neymar. Foto Reuters

NEYMAR membuat pengakuan kepada Paris Saint-Germain (PSG) bahawa dia tidak seharusnya meninggalkan Barcelona.

Pemain kelahiran Brazil itu terlibat dalam perpindahan dari Barcelona ke Paris pada 2017 dengan bayaran rekod dunia sebanyak £198 juta (RM1.03 bilion).

Bagaimanapun, masa depannya bersama juara Ligue 1 terus diperdebatkan, di mana laporan di Sepanyol mendedahkan dia akhirnya memaklumkan mengenai pendiriannya yang mahu kembali ke Barcelona.

Neymar dilaporkan memberitahu Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi: "Saya tidak lagi mahu bermain di PSG. Saya mahu kembali ke 'rumah saya', di mana saya tidak patut meninggalkannyai."

Menurut media El Mundo, susulan hasrat Neymar, pemain Barcelona, Lionel Messi mahu melihat Neymar kembali ke Nou Camp pada musim panas ini. - Daily Mail UK



Neymar, Barcelona, PSG

Artikel Lain