suria

Palmieri dedah ayat terakhir sebelum 'Eden Hazard left'

Hazard diperkenalkan sebagai pemain baharu Real Madrid minggu lalu.

EDEN Hazard meninggalkan pesanan terakhir kepada rakan-rakan sepasukannya di Chelsea.

Bintang Belgium itu telah sekian lama mengidam untuk menyarung jersi Real Madrid akhirnya menjadi kenyataan apabila kelab gergasi La Liga itu mengikatnya dengan nilai 150 juta paun.

Sebelum meninggalkan Stamford Bridge, Hazard merakam namanya sendiri untuk dikenang dengan membantu The Blues menjulang trofi Liga Europa sebelum ini.

Dia diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid secara  rasminya di Bernabeu minggu lalu.

Palmieri menunjukkan Hazard keluar daripada kumpulan WhatsApp pemain Chelsea.

Bekas rakan sepasukannya Emerson Palmieri mengakui pemergiannya masih tidak dirasai sehinggalah dia keluar daripada kumpulan WhatsApp pemain Chelsea.

Pemain Brazil itu mendedahkan aktiviti dalam 'group' WhatsApp agak sunyi sejak kebelangan ini memandangkan masing-masing sedang bercuti.

"Dalam 'WhatsApp group', orang terakhir yang memberi respon adalah Hazard.

"Dia mengucapkaan selamat tinggal, dan sejak itu kami tidak tahu apa-apa.  Ia sangat janggal.

"Dia meghantar mesej 'thank you, i love you guys', dan selepas itu nampak 'Eden Hazard left'.

"Saya cakap dalam hati 'dia benar-benar pergi," jelas Palmieri. -Dailymail.co.uk

Eden Hazard, left group, chelsea

Artikel Lain